CHANNEL YOUTUBE




CHANNEL YOUTUBE


Tahun 2020, merupakan tahun yang mengubah norma kehidupan manusia. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian.

Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Bergerak seiring dengan norma baharu, saya juga telah mewujudkan channel Youtube sendiri bagi memudahkan murid membuat ulangkaji.

Semoga channel Youtube ini, memberi manfaat.




KLIK LINK YOUTUBE 👇

Popular Posts